Wednesday, June 24, 2015

BP Singapore :: Part 4

Selamat Petang Sabah!

First day :15 Jun 2015
Second day:16 Jun 2015
Third day: 17 Jun 2015

Untuk hari keempat ni, tiba masanya untuk aku balik ke Sabah. Flight aku jam 2.35 ptg dari Johor, jadi aku kena lah keluar awal untuk elakkan jammed kat sempadan Singapore - Johor.

Aku & Loreta check-out dari hostel lebih kurang jam 9.30 pagi. Memandangkan aku ada duit lebih lagi, jadi aku singgah lah lagi pergi Bugis Street untuk habiskan baki duit SGD dolar. Aku beli souvenir harga $10 untuk dibawa balik ke Sabah. 

Macam yang aku mention dari post pertama, aku dah booking bas awal, jadi aku akan naik bas dari Kranji. Sebelum naik MRT, aku perlu kembalikan kad Singapore Tourist Pass (STP) yang aku gunakan kat kaunter untuk dapatkan duit sebanyak $10. Dengan duit tu, aku beli tiket MRT dari Bugis -Jurong East-Kranji, harga $2.60. 

kad STP
menunggu kaunter dibuka

dalam MRT 
Sampai kat Kranji, aku terus naik bas Causewaylink CW1 for free ke CIQ Woodland untuk pemeriksaan. Lepas tu, terus ke CIQ Johor dan jalan kaki ke JB Sentral. Aku sampai kat JB Sentral lebih kurang jam 11.30 pagi so ada masa lagi untuk aku jalan-jalan kat JB Sentral sebelum naik bas causewaylink ke airport pada jam 12.10 pm. 

Di JB Sentral, aku sempat beli 5 buku roti untuk dibawa balik ke Sabah, harga RM20.05. Tepat jam 12pm, aku pergi platform 2 untuk naik bas. 

NotaHayati:Suka diingatkan, kat sini kalau dalam jadual bas akan jalan jam 12.10 pm, dia akan jalan 12.10pm tepat. So, please be punctual kalau tak, tertinggal la bas.

Aku sampai kat Senai Airport jam 12.40 pm. Jalan-jalan lagi kat dalam airport lagi sebelum masuk untuk pemeriksaan imigresen. Sebelum tu, aku sempat lagi beli sambal ulek, harga RM8. So, memandangkan dah tak ada apa-apa lagi nak beli, jadi aku terus masuk dan tunggu waktu nak boarding.

Selamat tinggal, Singapore & Johor, Selamat datang, Sabah!

NotaHayati: Perbelanjaan hari keempat: 18 Jun 2015
         Souvenir:$10
         Tiket MRT: $2.60
         Roti: RM20.05
         others:RM8
Jumlah: $12.60 + RM28.05


BP Singapore :: Part 3


First day:15 Jun 2015
second day:16 Jun 2015

Selamat pagi Sabah!

Third day: 17 Jun 2015

Untuk hari ketiga, kami travel gaya santai sikit. Kebanyakan plan untuk travel hari ketiga ni  dirancang oleh Loreta. Aku ikut saja sebab aku dah blur nak pergi mana sebenarnya sebab main reason nak pergi Singapore dah tercapai! Apapun, breakfast dulu.
breakfast!



So, first place we are going is Changi Airport!  “Apa kebenda  nak pergi airport la  pulak kalau pergi negara orang” kata si kawan.  Kawan-kawan, Changi airport cantikkkkkkk ok. Berbaloi sangat kau pergi tengok airport dia, TAK RUGI! Lagi pun masa aku pergi tu kan ada sukan SEA, so banyak la maskot/hiasan yang boleh buat kau  cuci mata kat sana. Changi Airport ada tiga terminal. Kalau naik airasia & MAS, kau akan turun di Terminal 1. Tu ja yang aku tahu. Lagi satu specialnya Changi airport,dia ada skytrain for free yang connect passenger ke terminal dorang.

terminal 3

terminal 3


terminal 1

maskot 

NotaHayati: kalau nak pergi ke Changi Airport, kau kena naik line hijau &  turun di MRT Tanah Merah, lepas tu tukar la station MRT pergi Changi.

Lepas dah puas jalan kat Changi Airport, kami pergi la stop kat EXPO MRT, sebelah ja dengan Airport. Kat sini ada expo jualan barangan & secara halusnya, barangan yang MURAH! So, kira macam nak cuci mata la pergi kat sini, sekali tersangkut la pulak beli  baju t-shirt harga $8. Kira sangat sangat murah la barangan kat sini sebab as a girls, we love cheaper things & love shopping!. Memandangkan bajet aku yang tak banyak, tu ja la aku mampu beli walaupun aku ternampak sweater Adidas harga $39 yang aku sure takkan dapat murah macam tu kat Sabah. (-_-).

Sejam juga kami jalan kat dalam, lepas tu aku ternampak la pulak Nutella & Go kat 7eleven dengan harga promosi, $1.35. Apa lagi, akak pun membeli la satu untuk merawat hati nan lara tak dapat beli sweater Adidas!

Memandangkan dah masuk tengah hari & perut pun start menyanyi, kami pun pergi la cari makan. Dah bagitau kan travel hari ketiga ne santai, so makan pun haruslah yang santai jadi kami pun cari McDonald. Loreta bagitau burger McDonald rasa lain sikit dari kat Malaysia, so haruslah try juga. Kami terus ke Orchard untuk pergi ke Mall dia. Orchard mall ne tempat orang yang suka barangan branded dan bajet besar untuk bershopping.  So, sampai kat Orchard,cari punya cari tak ada la pulak McD, pergi la kat seberang jalan di Tang Plaza. Seriously, aku tak ingat kat mana kami jumpa McD. Hahaha Mungkin juga Tang Plaza sebab yang paling penting, Mcd dia kat tingkat paling atas dekat dengan cinema.

NotaHayati: Untuk ke Orchard dari Tanah Merah MRT, kau kena tukar station kat City Hall untuk ke Line merah, pastikan kau naik MRT line merah, lepas tu,  kau turun la kat Orchard.

Kat Mcd,aku order DoubleCheese Burger, harga $6,20 sebab tu la favorite aku ever and ever tapi bad news, rasa dia sama ja ok. Yang Loreta bagitau rasa burger dia lain dari yang lain is Spice mcD Deluxe, harga $6.60 kot (-_-). Ok dah selesai kat sana, makan, cerita pasal high school story yang gila-gila, buat aku rindu kat dua orang lagi bestfriend aku. Hah! Shout for both of you, Salinah & Elly, We Love U!

Lepas dah makan, kami singgah kat Guardian untuk beli barangan wanita, harga $2.85. Lepas tu,  kami pergi ke Raffles Place sekali lagi untuk ambil gambar dengan Merlion pada waktu siang! Ramai pelancong yang kau boleh nampak kat sini dari  Korea, China, India, Philippine. Lepas  tu, kami pergi ke Garden Of The Bay, satu lagi keunikan kat Singapore.

Nota Hayati: Untuk ke Garden of the bay dari Merlion, kau kena naik MRT Raffles Places terus ke MRT Marina Bay sands, Dari sana kena tukar line merah ke line kuning dan turun kat Bayfront. Naik atas, dah jumpa Garden of the Bay!

Garden of the bay ne sememangnya taman yang kau boleh lepak lepak dengan yang tersayang. Kalau kau adalah orang yang suka bunga, kau patut beli tiket masuk ke flower dome/cloud dome.. http://www.gardensbythebay.com.sg/en/home.html. Aku tak masuk kat dalam dome tu sebab tak bajet untuk beli tiket.  Ada satu tempat yang sesuai untuk aku pergi kat sini iaitu naik OCBC Skyway, harga tiket $5. Kalau gayat,tak disarankan untuk naik ok sebab jambatan dia bergoyang goyang, takut pulak kau pengsan kat atas.

tu dia OCBC Skyway

kat atas skyway

Kat garden ne pun ada light show, dua kali start on 7.45 pm & 8.45 pm. Masa show dia tu, kami masih kat skyway, memang best laaaaa nampak lampu lampu dari atas. Lepas show, kami terus ke Marina Bay Sands sebab sebelah ja. Singgah la kat mall dia untuk ambil gambar. Kalau nak shopping, tak mampu akak!

di dalam mall Marina Bay Sands

Lepas tu, kami balik terus ke Bugis Street untuk cari souvenir nak bawa balik ke Sabah. Aku habiskan $20 kat sini untuk dibawa balik. Aku sempat juga beli jus buah naga, harga $1. Lepas tu, Loreta cadang nak beli passport cover, so kami pergi la Chinatown sebab kat Chinatown pun ada jual souvenir. Kat sana pun sangat meriah pada waktu malam. Regret sikit la kat sini sebab keychain kat sini lagi banyak berbanding kat Bugis Street sebab dapat 36pcs for $10. Huargggh!  Passport Cover kat sini harga $10 for 3 & aku dapat free satu dari Loreta, sweeettt. Kat sini, Loreta ada beli durian dengan harga durian runtuh, 3 pek untuk $10. Makan before naik MRT balik ke bugis.

bugis street

chinatown


NotaHayati: Untuk ke Chinatown dari Bugis, kau boleh naik MRT kat  line biru. So, kau tak payah la penat penat nak tukar banyak line untuk ke Chinatown. Manalah tahu kan kau tak puas hati nak beli barang kat Bugis Street, jadi kau boleh la ke MRT Line biru terus direct bawa kau ke Chinatown.

Sampai ja kat hostel, aku terus berkemas sebab esok nak keluar dari Singapore awal sikit. Bye!

::next post

Perbelanjaan hari ketiga : 17 Jun 2015
Makan & snek : $6.20( Loreta Belanja) + Nutella & Go: $1.35
Minuman:$1
Baju & Souvenir: $20+$8
Others: $2.85 + ticket skyway:$5(freee)

Jumlah : $33.20

Happy Birthday Girl!






BP Singapore :: Part 2

Selamat Pagi Sabah!

First day :15 Jun 2015
Second day : 16 Jun 2015

Plan hari ini adalah Sentosa & Universal Studio Singapore(USS). Oleh sebab kepenatan yang melampau semalam, aku terbangun jam 7.30 pagi.  Memandangkan breakfast start  jam 8.30 pagi, so aku dan kawan aku bersiap-siap dan akan  terus jalan lepas breakfast. Breakfast kat hostel ni kira ok la, toast bread with butter/peanut/strawberry Jam, teh/coffee 3 in 1 & cereal with milk.  Makan sampai kenyang sebab nak pergi tempat yang sangat sangat  perlukan tenaga sebab seharian bermain iaitu USS.  Main point di sini ialah penjimatan fullblast sebab tak perlu breakfast kat luar!.

Kami jalan dari hostel lebih kurang jam 10.15 pagi sebab nak tunggu ticket USS Loreta. Harga kat hostel adalah $71, lebih murah dan semestinya pilihan yang bijak sebab kalau beli kat kaunter, masa beratur adalah sangat lama sebab ramai sangat orang.

USS Ticket


Untuk ke USS, kena lalu Vivo City. Untuk ke ViVo City, kena naik MRT ke Harbour Front iaitu kat dalamnya ialah  Vivo city. Makanan ringan kat Vivo City sangat-sangat best, jadi aku sempat la beli karipap inti chicken Mushroom harganya $1.70 & boleh lah makan makan sebelum sampai kat Sentosa. Sedappp wa kata lu. Untuk ke Sentosa, ada banyak  cara boleh guna iaitu bas($2), board walking ($1) & train ($4 return). Aku dan kawan aku pilih untuk board walking ja sebab boleh tengok view yang cantik2 kat sentosa!

Vivo City

Sampai kat Sentosa, sepatutnya kena bayar $1 tapi kami dapat freeeee. Our Lucky day ever!.  Lepas tu, kami jalan sikit  sampai la  ternampak globe USS. Seriously, aku ingat globe tu besar, rupanya sederhana besar, tak sebesar yang aku bayangkan. Ok, memang pilihan yang bijak untuk tidak beli di kaunter tiket USS sebab gilaaaaaa ramai orang berbaris nak beli tiket. So, we are pass with flying colour la masuk kat dalam USS sebab aku dah beli tiket online awal kat Tiket USS MURAH.  Berbaloi sebab harga tiket adalah RM155@~$56(currency $1=RM2.80), lepas tu dapat cut queue beli tiket untuk masuk USS. Jangan lupa ambil peta yang disediakan di depan pintu masuk, penting!



NotaHayati: Sila bawa botol kosong X2, satu untuk tandas & satu untuk minum. Ada disediakan tempat untuk ambil air minum kalau habis dan tandas kat Singapore adalah tandas kering & tak ada gayung/baldi disediakan. Lebih baik bawa tisu basah sekali. Jangan lupa juga bawalah sikit makanan ringan untuk tenaga macam roti or coklat. Harga makanan kat dalam USS adalah sangat mahal even  minuman ringan. Staff kat sana tak check tapi jangan la bawa makanan macam nak picnic ok. 


MADAGASCAR
Untuk first game, kami masuk ke Madagascar. Untuk main ride dia yang kena naik sampan moden lepas tu ada suara2 yang bagi cerita yang aku tak faham sepatah pun, memang panjang gila la nak beratur sebab ramai orang. Aku ingat kami masuk masa bukan public holiday, school holiday dan weekdays pun boleh ramai ok. So, beratur la dalam 20 minit untuk main ride Madagascar tapi memang berbaloi wa kata lu. Seronok sebab macam dah balik jadi budak-budak even dah 25 tahun. Aku rasa macam nak menari ja bila dengar lagu dia (-_-‘). I like to move it move it...

madagascarrrrrr, i like to move it move it

budak kaca mata

FAR FAR AWAY
Lepas tu, masuk la pulak kat ride yang baru, Puss in boots, Giants Journey. Ouch, memandangkan aku ne sangatlah pening kalau main coller coaster ni jadi aku pening sikit lepas turun but it still worthy for you to try. Best sebab taklah panjang sangat roller coaster dia. Pening pun hilang lepas jalan jalan sekejap. Lepas dari sana,kami masuk la pulak show Shrek 4D Adventure. Ok, nie rugi kalau kau tak pergi tengok sendiri show dia. Ada juga show Donkey tapi kawan aku cakap tak best so, we cut out time terus ke Jurassic Park Lost World.
Istana Shrek dan Princess Fiona

si kucing yang comel


JURASSIC PARK: LOST WORLD
Ada satu show water world start on 1.30PM & 4.40 PM. Memandangkan kami dah terlepas first show, jadi kami terus ke Jurassic Park Rapid Adventure. Kat sini, peluang untuk basah adalah sangat sangat tinggi dan disarankan untuk beli poncho/baju hujan. Aku dah beli awal kat Sabah lagi dengan harga rm2.50 jadi tak payah dah beli. Harga Poncho kat situ $4. Mahal ok & sila jangan convert  ke RM. Ride Jurassic Park Rapid Adventure adalah yang paling lama nak beratur berbanding yang lain sebab memang sangat ramai orang. Kalau rasa malas & jenis tak sabar nak beratur panjang, boleh la beli universal express. Bagi aku, ride ne sangat best, so memang berbaloi la kena berbaris dalam satu jam untuk naik ride ne ja.

ANCIENT EGYPT
Revenge of the Mummy : Ride yang paling cepat, mesti dinaiki oleh orang yang tak ada masalah sickness motion, dan juga sukakan cabaran!  Ok, kat sini aku paling rasa macam tak nak naik lagi ride dia! Hah, sebab pening  gilak naik ride dia, gelap lagi sampai bila dah part laju tu, aku memang tutup mata ja, nasib baik la aku tak muntah. Lepas dah habis main, aku rasa macam badan aku tak cukup darah, muka dah start nak pucat, tangan dah bergegar. Nak minum air pun rasa macam tak mampu. Aku terpaksa makan asam untuk bagi tenang sekejap pening kepala yang melanda. Apapun, kamurang HARUS cuba. Kat sini ada disediakan  locker,  tempat untuk simpan barang secara percuma selama 45 minit sahaja. Untuk naik ride ini, KITA MESTI simpan semua barang yang rasa-rasa mudah tercabut macam gigi palsu, jam tangan, dompet, rantai & handphone.

TRANSFORMER SCI-FI CITY
Tempat ini paling disukai oleh warga lelaki. Pencinta Transformers mesti akan pergi ke sini. Seriously, aku dah rasa macam tak nak naik dah ride ne, rasa macam trauma sekejap dengan  Revenge of the Mummy. Aku diam ja masa berbaris kat sini sebab macam nak bagi stabil badan aku dulu, hahaha. Balik-balik aku tanya Loreta macam mana ride dia, best ka tak, tapi dia bagitau best, so go on ja la. Ride dia memang best, kena pakai 3D glasses & tak perlu tutup mata. Best! BEST!

HOLLYWOOD & NEW YORK
Kami habis main semua ride lebih kurang jam 5 petang, jadi terus ke New York untuk ambil gambar  ala-ala di overseaaaaaaa.  Ada lorong lorong yang macam kat movie orang putih yang kita selalu tengok kat TV tuuuu. Lepas tu, kami rehat sekejap kat jalan raya dia sambil tengok breakdance show untuk Fast & Furious.




Lepas tu, kami ke Hollywood. Kat sini ada show Light Camera Action. Memang patut untuk tengok show ni sebab nampak real sangat. Wow!

Kat sini juga ada sesame street show. Ada beberapa watak kartun tu keluar untuk pengunjung  take picture with them. Lepas tu, kami naik ride dia & aku rasa macam nak balik jadi budak budak. Bestttttt ok dengan lampu-lampu yang rasa macam kau di galaksi, lagu lagu sesame street & watak watak dia yang bergerak-gerak buat aku rasa macam sweet sangat!

van Sesame Street


Kami keluar dari USS lebih kurang jam 6.45 petang lepas dah beli fridge magnet harga $5.90. Seharian di USS memang sangat sangat tak terasa sampai tak sempat nak makan tengah hari!. Nasib baik ada bawa roti untuk bagi tenaga sementara. 

So, cerita kami tak habis kat USS, sebab lepas tu kami pergi ambil gambar lah pulak kat atas di tempat Merlion Sentosa. Our lucky came again sebab masa kami tengah gambar gambar kat atas tu, tetiba ada tourist dari China give us two ticket for entrance Eye Trick Museum for FREE! Shout again, for FREEE! Excited gilaakkk, kami terus la pergi Eye Trick Museum sebab last entrance jam 8 malam, so ada masa lagi la sebab dia tutup jam 9 malam.  So, memang lama sangat sangat la kami kat Sentosa. Lepas keluar dari Eye Trick  Museum  lebih kurang jam 9 malam, kami sempat lagi tengok show light bird. Ok, nie serius cantik show dia sebab ada bunga api!


Kami keluar secara official dari Sentosa lebih kurang jam 9.20 malam. Kami jalan kat Sentosa Board walking  terus ke Vivo City & baru la rasa perut gila lapar sebab kira sehari juga la tak makan nasi. Apa lagi, masuk ke Vivo City & cari makan  kat food court dia. Cari makanan yang halal adalah benda yang aku rasa susah sikit kat sini jadi aku ambil ja la makanan padang Indonesia yang serve No Pork, No lard. Aku order makan nasi ayam panggang, harga $6.00. Portion memang banyak & ayam dia besar! Memang kenyang la. Minuman tak beli sebab kedai jual minuman dah tutup servis.
Lepas makan, dalam jam 10.10 malam, kami terus naik MRT untuk ke Farrer Park sebab Loreta nak cari  charger phone kat Mustafa central. Mustafa central ialah satu mall yang buka 24 hours, so bolehlah membeli belah dengan gembiranya tanpa ada halangan masa.  Di sini, Aku beli Nutella & Go harga $2, 100 plus harga $1.70 & air mineral $0.50. Mall dia memang best sebab banyak coklat & aku suka tengok coklat!

Little india sangat meriah pada waktu malam tapi memandangkan hostel kami sangat lah jauh & kami dah tak larat nak jalan kaki untuk balik ke Hostel sebab MRT sampai jam 12 malam ja, so kami teruslah buat keputusan untuk balik ke hostel. Arab street kurang meriah di waktu malam tapi berjalan malam kat Singapore still kau akan rasa safe. Tu la satu tarikan di Singapore.

Kami sampai kat hostel lebih kurang jam 11.30 malam. Memang penat yang amat sangat. Lepas mandi, aku terus tidur sampai la terbangun esok pagi untuk hari ketiga!



::Next Post

NotaHayati: Perbelanjaan Hari Kedua
        Makanan: $1.70(karipap)+ $6.00(lunch/dinner)
        Snack: $2 (Nutella& Go)
        Minuman: $1.70(100plus) + $0.50(mineral water)
        Souvenir: $5.90(Fridge Magnet USS)

Jumlah:$17.80

Masalah manusia

Selamat petang, Sabah! Masalah! Masalah! Masalah! Kadang2, bila ada masalah, kau jadi gelabah, terus kau rasa kau mau kasi salah seseorang @...