Selamat pagi Sabah!
Sebenarnya aku dah plan nak ke Singapore pada hujung bulan Disember 2014 tapi sebab aku dipanggil untuk masuk Kolej Kejururawatan di Bukit Padang jadi aku dengan redha hati terpaksa melupakan trip Singapore 2014. But, finally pada tarikh 15 Jun - 18 Jun 2015, aku teruskan niat untuk backpack ke Singapore!
First day: 15 Jun 2015
Flight aku pada jam 10.10 pagi dari Kota Kinabalu. Aku keluar dari rumah dalam jam 8.50 pagi dan sampai di airport lebih kurang jam 9.30 pagi. Thanks to my dad sebab hantar pergi airport tepat pada masanya. Before boarding, aku tapau nasi ayam Sri Kulai dari Orange dengan harga RM8.50 dan juga bateri AA energizer RM 9.90 untuk kamera.
Flight BKI-JHR
sampai di Airport Senai tepat jam 12.25 pm. Memandangkan aku telah booking tiket bas free dari causewaylink sebulan lebih awal, jadi aku dah kira untung
la untuk tiket bas pulang balik Johor - Singapore. Hanya untuk penumpang Airasia, Kalau airlines yang lain, kena bayar RM8 sehala untuk ke JB Sentral, so, aku dah jimat lebih kurang RM19 return untuk tambang.
NotaHayati: (Airport- JB Sentral= RM8, JB Sentral-CIQ Johor - Woodlands Point - Kranji = RM1.50, So, return = RM19 )
| Tempat menunggu Bas ke JB Sentral di luar Airport Senai, Johor Bahru |
| Selesa sangat duduk kat dalam bas Causewaylink |
Sampai kat JB Sentral, bas tu akan turunkan penumpang dan aku sempat la grab 3 bungkus roti di kedai dekat sana untuk bawa di Singapore. Untuk ke Singapore, kena naik kat tingkat atas yang akan terus ke CIQ Johor. Tip yang penting masa kat CIQ Johor, kita kena keluarkan passport kita dan pegang sampai la kat Woodland Point (CIQ Singapore). Aku pun tak tahu kenapa tapi pegawai imigresen tu yang bagitau kena buat begitu. Sampai kat Woodland Point, aku turun kat bawah dan ambil bus kat platform CW1 untuk ke Kranji. Jangan salah naik bas sebab untuk free bas, Causewaylink ada 3 station iaitu Kranji, Queenstown dan Newton, so kalau confuse, boleh la bertanya kat staff Causewaylink. Bas yang aku naik akan terus bawa aku ke Kranji MRT. Dari Kranji MRT, aku plan nak pergi Woodland MRT untuk beli Singapore Tourist Pass (STP) tapi aku tukar plan terus ke Jurong East, tambang $2.30. Lagipun, Jurong East MRT adalah tempat pertukaran untuk line merah ke line hijau, jadi senang sikit nak pergi hostel aku di Bugis. So, aku beli kad STP untuk 3 hari unlimited naik mrt & bus, harganya $20 + $10 (deposit akan dikembalikan bila kad tersebut dikembalikan ke kaunter).
After that, aku teruskan journey ke Outram Park MRT untuk jumpa dengan Loreta, bestfriend kat sekolah menengah. Lepas dah jumpa, kami terus naik MRT line hijau untuk ke Bugis bagi urusan Check-in hostel. Kami pilih hostel Shophouse The Social Hostel. Harganya agak murah iaitu $66 @lebih kurang RM184 untuk 4 hari 3 malam, dekat dengan MRT Bugis & yang paling penting, ada floor iaitu 3rd floor just untuk wanita sahaja. So, kau takkan terkejut la tetiba keluar tandas nampak lelaki kan kat sini, Tak mungkin akan terjadi kecuali la kat 5th floor baru la kau akan nampak lelaki foreign yang handsome duduk breakfast.
| Loreta and Me. |
Lepas dah siap check in & mandi, takkan la nak duduk kat dorm kan, so kami keluar la pergi cari makan!. Memandangkan tak tahu nak makan makanan yang sedap kat Singapore, kawan aku cadangkan untuk cari makan kat Bugis Junction. Cari punya cari makanan yang affordable price dan halal, maka terjumpa la kedai jual makanan padang Indonesia kat 3rd floor. Aku rasa macam kedai makanan indonesia ja la yang sesuai dengan tekak aku kat Bugis Junction sebab yang lain kedai kebanyakkannya jual mee & makanan Jepun/Korea. Aku ambil ayam penyet set harga $6.50, kawan aku ambil nasi campur harga $6.00. Minuman ambil Large coke harga $1.70. Kira affordable la makanan/minuman kat sini & yang penting sedap/mengenyangkan.
Makan dah siap, kami pergi jalan-jalan kat Bugis Street yang terkenal dengan barangan yang murah-murah dan memang sesuai sangat untuk aku yang berbajet rendah. Kawan aku nak beli beg, so aku pulak survey dulu benda yang aku nak beli untuk dibawa balik ke Sabah. Bugis Street dibuka setiap hari dari jam 10 pagi - 11 malam jadi boleh la bershopping sakan kat sini. Harga barangan kat sini adalah sangat sangat murah dari baju sampai la ke key chain. Harga barangan start dari $5. Di sini juga ada jual jus buah buahan harga $1-2 dan bermacam-macam jus yang boleh dipilih dari buah yang kau tak pernah dengar sampai la buah yang famous untuk jus buahan.
Lepas dah merayau-rayau kat Bugis Street, kami terus ambil MRT ke Raffles Place untuk pergi tengok suasana malam kat sana. Masa kat sabah, aku dapat tahu yang si Merlion ne kununnya ditutup untuk pembersihan dari 15jun, Aku sedihlah juga sebab nak bergambar dengan si Merlion ni, Sekali pergi sana, nan hado, ada la pulak si Merlion ne & tetap keluarkan air dengan gembira.
Wa kata lu, Singapore memang sangat-sangat hidup pada waktu malam. Lampu lampu memang ada di setiap tempat, tak kisah la kat bangunan, jambatan, jalan raya & Landmark kat Singapore. Sempat juga la kami ambil gambar sambil tunggu light show di depan Merlion Park. Light show start jam 8.00 malam & 9.45 malam, dua kali. Kami ambil show jam 9.45 malam & bagi aku, ok la juga light show dia. Yang penting,percuma. Dah siap tengok light show, kami terus balik ke MRT Raffles Places. Masa jalan tu, terjumpa pulak uncle jual ice cream $1.20. Aiskrim dia sedap ok dan berbaloiii, aku ambil chocolate chip dengan wafle, kawan aku ambil Yam dengan Wafle.
NotaHayati: Untuk ke Merlion Park, kena turun kat Raffles Place, bila keluar ja, tengok kat kawasan laut. Seberang jalan & belok ke kaunter Singapore River Cruise, jalan terus ikut laluan kat tepi tu. Jalan terus sampai terjumpa dengan One Fullerton Hotel, kena Seberang jalan lagi untuk ke Merlion Park. Memang susah sikit sebenarnya jalan yang kami pilih tapi apa aku kesah, yang penting sampai..muahahaah
Kami sampai hostel lebih kurang jam 10.45 malam, terus mandi dan tidur sebab esok nak pergi Universal Studio Singaporeeeee!
:: next post
NotaHayati: Perbelanjaan Hari Pertama
Nasi Ayam Sri Kulai: RM 8.50
Bateri AA Energizer: RM9.90
Roti 3 bungkus: RM 2.55
Makanan: $6.50 (Loreta Belanja)
Minuman: $1.70
Ice-cream: $2.40
STP Card: $30 (unlimited untuk 3 hari)
Tambang MRT(Kranji-Jurong East:$2.30
Jumlah: $36.40(singapore) + RM 20.95(Malaysia)
No comments:
Post a Comment