First day:15 Jun 2015
second day:16 Jun 2015
Selamat pagi Sabah!
Third day: 17 Jun 2015
Untuk hari ketiga, kami travel gaya santai sikit. Kebanyakan plan
untuk travel hari ketiga ni dirancang oleh Loreta. Aku ikut saja sebab
aku dah blur nak pergi mana
sebenarnya sebab main reason nak
pergi Singapore dah tercapai! Apapun, breakfast dulu.
| breakfast! |
So, first place we are going is Changi Airport! “Apa kebenda nak pergi airport la pulak kalau pergi negara orang”
kata si kawan. Kawan-kawan, Changi
airport cantikkkkkkk ok. Berbaloi sangat kau pergi tengok airport dia, TAK
RUGI! Lagi pun masa aku pergi tu kan ada sukan SEA, so banyak la maskot/hiasan yang boleh buat kau cuci mata kat sana. Changi Airport ada tiga
terminal. Kalau naik airasia & MAS, kau akan turun di Terminal 1. Tu ja yang aku tahu. Lagi satu specialnya Changi airport,dia ada skytrain for free yang connect passenger ke terminal dorang.
| terminal 3 |
| terminal 3 |
| terminal 1 |
| maskot |
Lepas dah puas jalan kat Changi
Airport, kami pergi la stop kat EXPO
MRT, sebelah ja dengan Airport. Kat sini ada expo jualan barangan & secara halusnya, barangan yang MURAH! So,
kira macam nak cuci mata la pergi kat sini, sekali tersangkut la pulak beli baju t-shirt harga $8. Kira sangat sangat
murah la barangan kat sini sebab as a girls, we love cheaper things & love
shopping!. Memandangkan bajet aku yang tak banyak, tu ja la aku mampu beli
walaupun aku ternampak sweater Adidas
harga $39 yang aku sure takkan dapat
murah macam tu kat Sabah. (-_-).
Sejam juga kami jalan kat dalam,
lepas tu aku ternampak la pulak Nutella & Go kat 7eleven dengan harga
promosi, $1.35. Apa lagi, akak pun membeli la satu untuk merawat hati nan lara
tak dapat beli sweater Adidas!
Memandangkan dah masuk tengah
hari & perut pun start menyanyi,
kami pun pergi la cari makan. Dah bagitau kan travel hari ketiga ne santai, so
makan pun haruslah yang santai jadi kami pun cari McDonald. Loreta bagitau burger McDonald rasa lain sikit dari kat
Malaysia, so haruslah try juga. Kami
terus ke Orchard untuk pergi ke Mall dia. Orchard mall ne tempat orang yang
suka barangan branded dan bajet besar
untuk bershopping. So, sampai kat
Orchard,cari punya cari tak ada la pulak McD, pergi la kat seberang jalan di
Tang Plaza. Seriously, aku tak ingat
kat mana kami jumpa McD. Hahaha Mungkin juga Tang Plaza sebab yang paling
penting, Mcd dia kat tingkat paling atas dekat dengan cinema.
NotaHayati: Untuk ke Orchard dari
Tanah Merah MRT, kau kena tukar station kat City Hall untuk ke Line merah, pastikan
kau naik MRT line merah, lepas tu, kau
turun la kat Orchard.
Kat Mcd,aku order DoubleCheese
Burger, harga $6,20 sebab tu la favorite aku
ever and ever tapi bad news, rasa dia sama ja ok. Yang
Loreta bagitau rasa burger dia lain dari yang lain is Spice mcD Deluxe, harga $6.60 kot (-_-). Ok dah selesai kat sana,
makan, cerita pasal high school story yang gila-gila, buat
aku rindu kat dua orang lagi bestfriend aku. Hah! Shout for both of you, Salinah
& Elly, We Love U!
Lepas dah makan, kami singgah kat
Guardian untuk beli barangan wanita, harga $2.85. Lepas tu, kami pergi ke Raffles Place sekali lagi untuk
ambil gambar dengan Merlion pada waktu siang! Ramai pelancong yang kau boleh nampak
kat sini dari Korea, China, India, Philippine.
Lepas tu, kami pergi ke Garden Of The
Bay, satu lagi keunikan kat Singapore.
Nota Hayati: Untuk ke Garden of
the bay dari Merlion, kau kena naik MRT Raffles Places terus ke MRT Marina Bay
sands, Dari sana kena tukar line merah ke line kuning dan turun kat Bayfront. Naik
atas, dah jumpa Garden of the Bay!
Garden of the bay ne sememangnya
taman yang kau boleh lepak lepak dengan yang tersayang. Kalau kau adalah orang
yang suka bunga, kau patut beli tiket masuk ke flower dome/cloud dome.. http://www.gardensbythebay.com.sg/en/home.html.
Aku tak masuk kat dalam dome tu sebab
tak bajet untuk beli tiket. Ada satu
tempat yang sesuai untuk aku pergi kat sini iaitu naik OCBC Skyway, harga tiket
$5. Kalau gayat,tak disarankan untuk naik ok sebab jambatan dia bergoyang goyang, takut pulak kau pengsan kat atas.
Kat garden ne pun ada light show, dua kali start on 7.45 pm
& 8.45 pm. Masa show dia tu, kami
masih kat skyway, memang best laaaaa nampak
lampu lampu dari atas. Lepas show, kami terus ke Marina Bay Sands sebab sebelah
ja. Singgah la kat mall dia untuk
ambil gambar. Kalau nak shopping, tak mampu akak!
| di dalam mall Marina Bay Sands |
Lepas tu, kami balik terus ke
Bugis Street untuk cari souvenir nak
bawa balik ke Sabah. Aku habiskan $20 kat sini untuk dibawa balik. Aku sempat
juga beli jus buah naga, harga $1. Lepas tu, Loreta cadang nak beli passport cover, so kami pergi la Chinatown
sebab kat Chinatown pun ada jual souvenir. Kat sana pun sangat meriah pada
waktu malam. Regret sikit la kat sini
sebab keychain kat sini lagi banyak
berbanding kat Bugis Street sebab dapat 36pcs for $10. Huargggh! Passport Cover kat sini harga $10 for 3 & aku dapat free satu dari Loreta, sweeettt. Kat
sini, Loreta ada beli durian dengan harga durian runtuh, 3 pek untuk $10. Makan
before naik MRT balik ke bugis.
| bugis street |
| chinatown |
NotaHayati: Untuk ke Chinatown
dari Bugis, kau boleh naik MRT kat line
biru. So, kau tak payah la penat penat nak tukar banyak line untuk ke
Chinatown. Manalah tahu kan kau tak puas hati nak beli barang kat Bugis Street,
jadi kau boleh la ke MRT Line biru terus direct bawa kau ke Chinatown.
Sampai ja kat hostel, aku terus
berkemas sebab esok nak keluar dari Singapore awal sikit. Bye!
::next post
Perbelanjaan hari ketiga : 17
Jun 2015
Makan & snek : $6.20(
Loreta Belanja) + Nutella & Go: $1.35
Minuman:$1
Baju & Souvenir: $20+$8
Others: $2.85 + ticket
skyway:$5(freee)
Jumlah : $33.20
No comments:
Post a Comment