Selamat Pagi Sabah!
First day :15 Jun 2015
Second day : 16 Jun 2015
Plan hari ini adalah Sentosa & Universal Studio Singapore(USS).
Oleh sebab kepenatan yang melampau semalam, aku terbangun jam 7.30 pagi. Memandangkan breakfast start jam 8.30
pagi, so aku dan kawan aku bersiap-siap dan akan terus jalan lepas breakfast. Breakfast kat
hostel ni kira ok la, toast bread with
butter/peanut/strawberry Jam, teh/coffee 3 in 1 & cereal with milk. Makan sampai kenyang sebab nak pergi tempat
yang sangat sangat perlukan tenaga sebab
seharian bermain iaitu USS. Main point
di sini ialah penjimatan fullblast
sebab tak perlu breakfast kat luar!.
Kami jalan dari hostel lebih
kurang jam 10.15 pagi sebab nak tunggu ticket USS Loreta. Harga kat hostel
adalah $71, lebih murah dan semestinya pilihan yang bijak sebab kalau beli kat
kaunter, masa beratur adalah sangat lama sebab ramai sangat orang.
| USS Ticket |
Untuk ke USS, kena lalu Vivo
City. Untuk ke ViVo City, kena naik MRT ke Harbour Front iaitu kat dalamnya
ialah Vivo city. Makanan ringan kat Vivo
City sangat-sangat best, jadi aku sempat la beli karipap inti chicken Mushroom harganya $1.70 &
boleh lah makan makan sebelum sampai kat Sentosa. Sedappp wa kata lu. Untuk ke
Sentosa, ada banyak cara boleh guna
iaitu bas($2), board walking ($1)
& train ($4 return). Aku dan kawan
aku pilih untuk board walking ja
sebab boleh tengok view yang cantik2 kat sentosa!
| Vivo City |
Sampai kat Sentosa, sepatutnya
kena bayar $1 tapi kami dapat freeeee. Our
Lucky day ever!. Lepas tu, kami
jalan sikit sampai la ternampak globe
USS. Seriously, aku ingat globe tu besar, rupanya sederhana besar,
tak sebesar yang aku bayangkan. Ok, memang pilihan yang bijak untuk tidak beli
di kaunter tiket USS sebab gilaaaaaa ramai orang berbaris nak beli tiket. So, we are pass with flying colour la masuk
kat dalam USS sebab aku dah beli tiket online awal kat Tiket USS MURAH.
Berbaloi sebab harga tiket adalah RM155@~$56(currency $1=RM2.80), lepas tu dapat cut
queue beli tiket untuk masuk USS. Jangan lupa ambil peta yang disediakan di depan pintu masuk, penting!
NotaHayati: Sila bawa botol
kosong X2, satu untuk tandas & satu untuk minum. Ada disediakan tempat
untuk ambil air minum kalau habis dan tandas kat Singapore adalah tandas kering
& tak ada gayung/baldi disediakan. Lebih baik bawa tisu basah sekali.
Jangan lupa juga bawalah sikit makanan ringan untuk tenaga macam roti or coklat. Harga
makanan kat dalam USS adalah sangat mahal even minuman ringan. Staff kat sana
tak check tapi jangan la bawa makanan
macam nak picnic ok.
MADAGASCAR
Untuk first game, kami masuk ke
Madagascar. Untuk main ride dia yang kena naik sampan moden lepas tu ada suara2 yang bagi cerita yang aku tak faham sepatah pun, memang panjang gila la nak beratur sebab ramai
orang. Aku ingat kami masuk masa bukan public holiday, school holiday dan
weekdays pun boleh ramai ok. So, beratur la dalam 20 minit untuk main ride
Madagascar tapi memang berbaloi wa kata lu. Seronok sebab macam dah balik jadi
budak-budak even dah 25 tahun. Aku rasa macam nak menari ja bila dengar lagu dia (-_-‘). I like to move it move it...
| madagascarrrrrr, i like to move it move it |
| budak kaca mata |
FAR FAR AWAY
Lepas tu, masuk la pulak kat ride yang
baru, Puss in boots, Giants Journey. Ouch, memandangkan aku ne sangatlah pening
kalau main coller coaster ni jadi aku pening sikit lepas turun but it still
worthy for you to try. Best sebab taklah panjang sangat roller coaster dia.
Pening pun hilang lepas jalan jalan sekejap. Lepas dari sana,kami masuk la
pulak show Shrek 4D Adventure. Ok, nie
rugi kalau kau tak pergi tengok sendiri
show dia. Ada juga show Donkey
tapi kawan aku cakap tak best so, we cut
out time terus ke Jurassic Park Lost
World.
| Istana Shrek dan Princess Fiona |
| si kucing yang comel |
JURASSIC PARK: LOST WORLD
Ada satu show water world start on 1.30PM & 4.40
PM. Memandangkan kami dah terlepas first
show, jadi kami terus ke Jurassic
Park Rapid Adventure. Kat sini, peluang untuk basah adalah sangat sangat
tinggi dan disarankan untuk beli poncho/baju hujan. Aku dah beli awal kat Sabah
lagi dengan harga rm2.50 jadi tak payah dah beli. Harga Poncho kat situ $4.
Mahal ok & sila jangan convert ke RM.
Ride Jurassic Park Rapid Adventure
adalah yang paling lama nak beratur berbanding yang lain sebab memang sangat
ramai orang. Kalau rasa malas & jenis tak sabar nak beratur panjang, boleh
la beli universal express. Bagi aku,
ride ne sangat best, so memang berbaloi la kena berbaris dalam satu jam untuk
naik ride ne ja.
ANCIENT EGYPT
Revenge of the Mummy : Ride yang paling cepat, mesti dinaiki oleh
orang yang tak ada masalah sickness
motion, dan juga sukakan cabaran! Ok,
kat sini aku paling rasa macam tak nak naik lagi ride dia! Hah, sebab pening
gilak naik ride dia, gelap
lagi sampai bila dah part laju tu,
aku memang tutup mata ja, nasib baik la aku tak muntah. Lepas dah habis main,
aku rasa macam badan aku tak cukup darah, muka dah start nak pucat, tangan dah bergegar. Nak minum air pun rasa macam
tak mampu. Aku terpaksa makan asam untuk bagi tenang sekejap pening kepala yang
melanda. Apapun, kamurang HARUS cuba. Kat sini ada disediakan locker,
tempat untuk simpan barang secara percuma selama 45 minit sahaja. Untuk
naik ride ini, KITA MESTI simpan
semua barang yang rasa-rasa mudah tercabut macam gigi palsu, jam tangan,
dompet, rantai & handphone.
TRANSFORMER SCI-FI CITY
Tempat ini paling disukai oleh
warga lelaki. Pencinta Transformers
mesti akan pergi ke sini. Seriously,
aku dah rasa macam tak nak naik dah ride
ne, rasa macam trauma sekejap dengan Revenge of the Mummy. Aku diam ja masa
berbaris kat sini sebab macam nak bagi stabil badan aku dulu, hahaha.
Balik-balik aku tanya Loreta macam mana ride dia, best ka tak, tapi dia bagitau
best, so go on ja la. Ride dia memang
best, kena pakai 3D glasses & tak perlu tutup mata. Best! BEST!
HOLLYWOOD & NEW YORK
Kami habis main semua ride lebih kurang jam 5 petang, jadi
terus ke New York untuk ambil
gambar ala-ala di overseaaaaaaa. Ada lorong lorong yang macam kat movie orang putih yang kita selalu
tengok kat TV tuuuu. Lepas tu, kami rehat sekejap kat jalan raya dia sambil
tengok breakdance show untuk Fast
& Furious.
Lepas tu, kami ke Hollywood. Kat sini ada show Light
Camera Action. Memang patut untuk tengok show ni sebab nampak real sangat. Wow!
Kat sini juga ada sesame street
show. Ada beberapa watak kartun tu keluar untuk pengunjung take
picture with them. Lepas tu, kami naik ride
dia & aku rasa macam nak balik jadi budak budak. Bestttttt ok dengan lampu-lampu yang rasa macam kau di galaksi, lagu lagu sesame street & watak watak dia yang bergerak-gerak buat aku rasa macam sweet sangat!
Kami keluar dari USS lebih kurang
jam 6.45 petang lepas dah beli fridge
magnet harga $5.90. Seharian di USS memang sangat sangat tak terasa sampai
tak sempat nak makan tengah hari!. Nasib baik ada bawa roti untuk bagi tenaga
sementara.
So, cerita kami tak habis kat USS, sebab lepas tu kami pergi ambil
gambar lah pulak kat atas di tempat Merlion Sentosa. Our lucky came again sebab
masa kami tengah gambar gambar kat atas tu, tetiba ada tourist dari China give us two ticket for entrance Eye Trick Museum for FREE! Shout
again, for FREEE! Excited gilaakkk,
kami terus la pergi Eye Trick Museum
sebab last entrance jam 8 malam, so
ada masa lagi la sebab dia tutup jam 9 malam. So, memang lama sangat sangat la kami kat Sentosa.
Lepas keluar dari Eye Trick Museum lebih kurang jam 9 malam, kami sempat lagi
tengok show light bird. Ok, nie
serius cantik show dia sebab ada
bunga api!
Kami keluar secara official dari Sentosa lebih kurang jam
9.20 malam. Kami jalan kat Sentosa Board walking terus ke Vivo City & baru la rasa perut
gila lapar sebab kira sehari juga la tak makan nasi. Apa lagi, masuk ke Vivo City
& cari makan kat food court dia. Cari makanan yang halal
adalah benda yang aku rasa susah sikit kat sini jadi aku ambil ja la makanan
padang Indonesia yang serve No Pork, No lard. Aku order makan nasi ayam
panggang, harga $6.00. Portion memang banyak & ayam dia besar! Memang kenyang
la. Minuman tak beli sebab kedai jual minuman dah tutup servis.
Lepas makan, dalam jam 10.10
malam, kami terus naik MRT untuk ke Farrer Park sebab Loreta nak cari charger
phone kat Mustafa central. Mustafa central ialah satu mall yang buka 24
hours, so bolehlah membeli belah dengan gembiranya tanpa ada halangan masa. Di sini, Aku beli Nutella & Go harga $2, 100
plus harga $1.70 & air mineral $0.50. Mall dia memang best sebab banyak
coklat & aku suka tengok coklat!
Little india sangat meriah pada
waktu malam tapi memandangkan hostel kami sangat lah jauh & kami dah tak
larat nak jalan kaki untuk balik ke Hostel sebab MRT sampai jam 12 malam ja, so
kami teruslah buat keputusan untuk balik ke hostel. Arab street kurang meriah
di waktu malam tapi berjalan malam kat Singapore still kau akan rasa safe.
Tu la satu tarikan di Singapore.
Kami sampai kat hostel lebih
kurang jam 11.30 malam. Memang penat yang amat sangat. Lepas mandi, aku terus
tidur sampai la terbangun esok pagi untuk hari ketiga!
::Next Post
NotaHayati: Perbelanjaan Hari
Kedua
Makanan: $1.70(karipap)+
$6.00(lunch/dinner)
Snack: $2 (Nutella& Go)
Minuman: $1.70(100plus) + $0.50(mineral
water)
Souvenir: $5.90(Fridge Magnet
USS)
Jumlah:$17.80
No comments:
Post a Comment