Teringat masa umur 18-20 tahun, aku adalah seorang manusia yang minat fotografi! Click sana click sini.
Sebelum aku masuk U, handphone aku dicuri. Habis 4000++ gambar aku kat handphone sama sekali hilang! Dari situ, buat aku sedar gambar memang simpan banyak kenangan tapi bila dah jadi macam tu, kenangan tu hilang sama sekali dari hidup kau. Vanish!
Secara langsung, benda tu juga buat aku hilang minat dengan fotografi. Aku kurang bergambar sampaikan aku tak tahu posing yang terkini. Tapi tu tak buat aku menyesal, benda tu buat aku relief sebenarnya sebab tak jadi orang yang obses dengan fotografi.
Bila umur aku 25 tahun, aku dapat rezeki untuk masuk ke kolej, that mean aku akan ambil diploma dan akan belajar dengan ramai remaja. Remaja di sini adalah golongan yang berumur 18-22 tahun & golongan ini adalah golongan yang suka fotografi dan aku sudah melalui waktu usia itu!
Kadang kadang benda ni buat aku rasa stress. Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Fotografi, kamera & Hayati tak mungkin boleh berkolerasi dengan baik.
Fotografi buat aku jadi manusia yang mempunyai privasi, orang yang menghargai memori dengan yang tersayang dan juga tak buat aku jadi orang yang obses dengan diri sendiri!
Mungkin ini menjawab soalan yang selalu berlegar di kepala kalian kenapa aku kurang berminat untuk bergambar dengan banyak. Bagi aku lebih baik simpan memori di dalam minda, lebih kekal dan tidak berikan senyuman palsu semata-mata bila bergambar.
Bukan aku tak suka bergambar, tapi biarlah aku bergambar sekiranya aku mahu sebab lebih ikhlas.
Apapun, teruskan minat anda dengan fotografi. Hanya perlu ingat, jangan terlalu obses dengan diri sendiri dan kongsi la gambar anda dengan cara lebih berhemah dan selamat. Jangan paparkan gambar yang membuat anda malu atau menjadi anda glamour dengan cara yang negatif. Juga, jangan biarkan anda kongsi gambar kawan/keluarga anda hingga memalukannya. Ingat!, anda adalah faktor keutuhan silaturahim.


No comments:
Post a Comment