Monday, December 28, 2015

Masalah manusia

Selamat petang, Sabah!

Masalah! Masalah! Masalah!

Kadang2, bila ada masalah, kau jadi gelabah, terus kau rasa kau mau kasi salah seseorang @ keadaan @ yang sewaktu dengannya.

Setiap manusia / makhluk bernyawa akan hadapi masalah.
 Kalau kau tak hadapi masalah, maknanya kau bukan manusia @ makhluk bernyawa.

Aku ada cerita pasal diri aku sendiri.

Aku ada masalah. Yes.  Masalah yang aku hadapi ini buat aku sangat sangat hilang pedoman. Kau tahu, macam orang hilang anak tapi aku takda anak, aku ada masalah.

Aku punya la #throwback masa lalu. Aku ingat setiap kejadian yang jadi faktor penyebab masalah ini. Aku terus salahkan ini, aku salahkan itu. Semua la salah. 

Tiap tiap hari aku menangis bila bangun tidur sebab aku fikir masalah aku tu. Aku betul betul bukan diri aku sendiri. Hilang pedoman. 

Aku terus dekat dengan tuhan. Tu pun aku malu, dah lama aku lupa nak bercakap denganNya. 

Apa yang betul bila kau dekat dengan tuhan ini, kau rasa ada sesuatu keyakinan. Betul. Even kau ada keluarga, dorang takkan dapat sokong kau 100%. Dorang cuma boleh ada di sisi kau, & takkan biarkan kau sorang sorang tapi kau tetap rasa kesunyian. 

Itu yang aku rasa. 

Allah beri keyakinan dengan aku sesuatu yang buat aku rasa gembira. Buat aku rasa sesuatu ujian ini kau akan menang. Yes, kau akan menang sebab Allah takkan bagi ujian yang kau takkan dapat tempuh. Tu janjiNya. 

Jadi, bila aku rasa sedih @ aku rasa teringat masalah aku, aku terus berdoa. Minta untuk ditenangkan hati & dijauhkan kesedihan. Kau tau ada syaitan yang suka cucuk perasaan kau dengan perkataan was was. Jadi, kau berlindung la dengan Allah.

Semoga aku dapat tempuhi ujian ini dengan baik. Setiap masalah ada pahit yang akan bertukar manis. Cuma kau perlu tawakal, banyak berdoa & yakin kepada Allah S.W.T.



#adios

Sunday, December 20, 2015

Cinta tak semestinya memiliki



Selamat pagi Sabah!!

Cinta tak semestinya memiliki.. Cewaahh, tajuk orang putus cinta..hahaha

Sejujurnya, aku telah alami perkara ini hampir 6 kali. Macam macam cerita, mungkin ada gadis di luar sana lebih banyak alami episod putus cinta yang lebih dashyat dari apa yang aku alami. Semoga Allah permudahkan hidup kita.

Dulu aku rasa sangat bahagia, semua dapat. Keluarga yang baik, pelajaran yang baik, kerjaya itu makin jelas, & seorang lelaki yang penyayang. Lupa. Lupa kerana cinta itu tak semestinya memiliki.

Kita selalunya akan merasa hidup kita senang, gembira, kalau rasa sedih pun kita ada penyokong tetap yang sentiasa ada di belakang kita, jadi kita lupa peranan Allah. 

Saya tidak akan masukkan hadis @ apa apa yang berkaitan agama sebab saya bukan pakar dalam bidang ini. Cuma saya yakin Allah yang Maha bijak untuk mengatur kehidupan kita.

Cinta tak semestinya memiliki sudah cukup menggambarkan kita sangat sangat menginginkan cinta itu sempurna, kita ingin sangat cinta itu milik kita tapi bila kita tidak dapat, kita jadi marah, kita jadi tidak waras.

Saya lalui episod waktu itu. Saya jadi tertanya tanya, kenapa jadi begini, kenapa jadi begitu, lepas tu, terus rasa kecewa sangat, kenapa aku dipilih unt ujian ini, kenapaaaaa? 

Sampai rasa taknak makan. Hahaha
Kesihan badan kita kan. Takda kena mengena dengan masalah yang kita hadapi

Jadi di sini, aku taknak bagi tips @ cara nak hilangkan rasa cinta kepada manusia

Aku cuma nak bebel.. 

So, adios




Tuesday, July 28, 2015

Give up and move on


Selalunya wanita akan ada masalah ini, masalah dalam "Percintaan".

Secara fitrahnya, wanita lebih cenderung untuk disayangi dan menyayangi. Secara langsung, wanita ingin mempunyai seorang teman untuk berkongsi segala masalah, segala cerita, segala galanya mungkin.
 
Untuk aku sendiri, cinta aku kepada seorang lelaki terlalu besar dan sangat besar. Mungkin sudah tiba masa untuk aku kecilkan rasa cinta aku kepada seorang lelaki dengan berputus asa dan bergerak ke hadapan. 

Give up and move on! 

Sunday, June 28, 2015

Ramadhan 2015

Selamat Petang Sabah!

Setiap tahun semasa bulan ramadhan, kami akan buat aktiviti berbuka bersama ahli keluarga. Ini adalah satu inisiatif untuk kami bagi mengeratkan hubungan hubungan sesama ahli keluarga. 


Friday, June 26, 2015

Yes, i do.

Aku & fotografi

Selamat pagi Sabah!

Teringat masa umur 18-20 tahun, aku adalah seorang manusia yang minat fotografi! Click sana click sini.

Sebelum aku masuk U, handphone aku dicuri. Habis 4000++ gambar aku kat handphone sama sekali hilang! Dari situ, buat aku sedar gambar memang simpan banyak kenangan tapi bila dah jadi macam tu, kenangan tu hilang sama sekali dari hidup kau. Vanish!

Secara langsung, benda tu juga buat aku hilang minat dengan fotografi. Aku kurang bergambar sampaikan aku tak tahu posing yang terkini. Tapi tu tak buat aku menyesal, benda tu buat aku relief sebenarnya sebab tak jadi orang yang obses dengan fotografi.

Bila umur aku 25 tahun, aku dapat rezeki untuk masuk ke kolej, that mean aku akan ambil diploma dan akan belajar dengan ramai remaja. Remaja di sini adalah golongan yang berumur 18-22 tahun & golongan ini adalah golongan yang suka fotografi dan aku sudah melalui waktu usia itu! 

Kadang kadang benda ni buat aku rasa stress. Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Fotografi, kamera & Hayati tak mungkin boleh berkolerasi dengan baik. 

Fotografi buat aku jadi manusia yang mempunyai privasi, orang yang menghargai memori dengan yang tersayang dan juga tak buat aku jadi orang yang obses dengan diri sendiri!

Mungkin ini menjawab soalan yang selalu berlegar di kepala kalian kenapa aku kurang berminat untuk bergambar dengan banyak. Bagi aku lebih baik simpan memori di dalam minda, lebih kekal dan tidak berikan senyuman palsu semata-mata bila bergambar.




 Bukan aku tak suka bergambar, tapi biarlah aku bergambar sekiranya aku mahu sebab lebih ikhlas. 





Apapun, teruskan  minat anda dengan fotografi. Hanya  perlu ingat, jangan terlalu obses dengan diri sendiri dan kongsi la gambar anda dengan cara lebih berhemah dan selamat. Jangan paparkan gambar yang membuat anda malu atau menjadi anda glamour dengan cara yang negatif. Juga, jangan biarkan anda kongsi gambar kawan/keluarga anda hingga memalukannya. Ingat!, anda adalah faktor keutuhan silaturahim.  

Wednesday, June 24, 2015

BP Singapore :: Part 4

Selamat Petang Sabah!

First day :15 Jun 2015
Second day:16 Jun 2015
Third day: 17 Jun 2015

Untuk hari keempat ni, tiba masanya untuk aku balik ke Sabah. Flight aku jam 2.35 ptg dari Johor, jadi aku kena lah keluar awal untuk elakkan jammed kat sempadan Singapore - Johor.

Aku & Loreta check-out dari hostel lebih kurang jam 9.30 pagi. Memandangkan aku ada duit lebih lagi, jadi aku singgah lah lagi pergi Bugis Street untuk habiskan baki duit SGD dolar. Aku beli souvenir harga $10 untuk dibawa balik ke Sabah. 

Macam yang aku mention dari post pertama, aku dah booking bas awal, jadi aku akan naik bas dari Kranji. Sebelum naik MRT, aku perlu kembalikan kad Singapore Tourist Pass (STP) yang aku gunakan kat kaunter untuk dapatkan duit sebanyak $10. Dengan duit tu, aku beli tiket MRT dari Bugis -Jurong East-Kranji, harga $2.60. 

kad STP
menunggu kaunter dibuka

dalam MRT 
Sampai kat Kranji, aku terus naik bas Causewaylink CW1 for free ke CIQ Woodland untuk pemeriksaan. Lepas tu, terus ke CIQ Johor dan jalan kaki ke JB Sentral. Aku sampai kat JB Sentral lebih kurang jam 11.30 pagi so ada masa lagi untuk aku jalan-jalan kat JB Sentral sebelum naik bas causewaylink ke airport pada jam 12.10 pm. 

Di JB Sentral, aku sempat beli 5 buku roti untuk dibawa balik ke Sabah, harga RM20.05. Tepat jam 12pm, aku pergi platform 2 untuk naik bas. 

NotaHayati:Suka diingatkan, kat sini kalau dalam jadual bas akan jalan jam 12.10 pm, dia akan jalan 12.10pm tepat. So, please be punctual kalau tak, tertinggal la bas.

Aku sampai kat Senai Airport jam 12.40 pm. Jalan-jalan lagi kat dalam airport lagi sebelum masuk untuk pemeriksaan imigresen. Sebelum tu, aku sempat lagi beli sambal ulek, harga RM8. So, memandangkan dah tak ada apa-apa lagi nak beli, jadi aku terus masuk dan tunggu waktu nak boarding.

Selamat tinggal, Singapore & Johor, Selamat datang, Sabah!

NotaHayati: Perbelanjaan hari keempat: 18 Jun 2015
         Souvenir:$10
         Tiket MRT: $2.60
         Roti: RM20.05
         others:RM8
Jumlah: $12.60 + RM28.05


Masalah manusia

Selamat petang, Sabah! Masalah! Masalah! Masalah! Kadang2, bila ada masalah, kau jadi gelabah, terus kau rasa kau mau kasi salah seseorang @...